Sunday 18 December 2011

Tip Penjagaan Rambut .

Tips Penjagaan Rambut Cara Tradisional,Petua Melebatkan Rambut,Kesilapan Yang Sering Dilakukan Pada Rambut,Fesyen Rambut Pengantin,Tips-gaya rambut,Gaya Rambut Selebriti Hollywood,gaya rambut, gaya rambut moden, gaya rambut cerita, gaya rambut foto, galeri gaya rambut, gaya rambut Malaysia, menunjukkan gaya rambut, gaya rambut folio, rambut gaya rambut, gaya rambut berita, acara gaya rambut, gaya rambut profil, Genetic Koleksi,fesyen rambut masa kini,gaya remaja,Jaga Rambut, Kesilapan Menjaga Rambut, Penjagaan Rambut, Rambut cantik, Rambut Kelumumur, Rambut putus

Tips Penjagaan Rambut Cara Tradisional


kacang-hijau
kacang hijau
1. Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh.
bunga-raya
daun bunga raya
lidah-buaya
lidah buaya
2. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur.Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.

telur
telur ayam kampung

3. Ambil daun bunga raya yang bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.
selamat mencuba!

Thursday 1 December 2011

Ciri-Ciri Lelaki Idaman :-)

1. LELAKI YANG PRIHATIN -
Iaitu mendengar dengan teliti apa yang saya cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya, 

2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR -
Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.

3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA -
Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum   perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja.  Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.

4. LELAKI YANG BERHATI-HATI -
Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan kami. Sebab... ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak,   mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan. Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le...!!!

5. LELAKI YANG WANGI -
Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O;apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.

6. LELAKI YANG PEMURAH -
Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.

7. LELAKI YANG TIDAK KISAH -
Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!

8. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU -
Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. kongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabila   mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia kan...!!

9. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN -
Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau   undian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk...lebih baik...beralah kan..

10. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA -
Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jik mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk "BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.

Sunday 27 November 2011

Thanks Biy :-)

hehe lawa tak baju kat atas ni ? saya dah ada baju ni sekarang :-D *kbatakjapp  hee , thanks biy sbb belikan baju ni :-) sygs biy <3 muehhh :-*

Thursday 17 November 2011

Tutti Frutti :-D

hello peaps :-D sehat tak hari ni ? hihi hari nak story pasal gambar kat atas ni ,
huh mcm biase lah nak share-2 sikit kt korung . korung pernah tak makan tutti fruitti ni ? mesti sedapkan :-)  teringin pulak nak makan TUTTI FRUITTI ni . mcm sedap je :D agak-2 bila lah dapat makan kan . hm buat masa sekarang ni busy dengan exam so takda masa :'( . Mybe after exam bole lah gey makan TUTTI FRUTTI :-D  hee tak sabarnye nak makan tutti frutti . hee k chau , daa~ 

Monday 7 November 2011

Kita Ibarat Kapal .

Kita semua punya jalan hidup nan berbeza ibarat kapal yang mula meninggalkan pelabuhannya. entah apa yang bakal ditemui di tengah perjalanan nanti tidak mampu diduganya. entah ribut taufan, lautan yang tenang atau jerung kelaparan yang ganas mencari mangsa sedang menanti. segala-galanya mungkin terjadi.
Apabila kapal itu sudah di tengah laut, mana mungkin ia akan berpatah balik. begitu juga dengan diri kita. mana mungkin kita berpatah balik ke usia remaja atau muda memperbaikin keadaan. tidak hairan jika ramai yang gemar berkata 'kalaulah'. ingatlah masa yang berlalu tidak akan dikembalikan sebalilknya kita harus menempuh waktu yang bakal berlalu. jika hari ini kita menempuh kedukaan dan kekecewaan, tidak bermakna duka itu menjadi milik kita selama-lamanya. rancang kehidupan ini agar kebahagiaan bakal singgah dihati biarpun kita tidak tahu bahagian yang dicari, duka yang ditemui. berusaha, berdoa dan bertawakal adalah kapsul terbaik agar diri tidak terumbang-ambing bagai kapal di tengah lautanyang tidak bertepi.

Saturday 22 October 2011

MIYA dah Jatuh Cinta Dengan Kasut Vans & Kasut Kugfu

                                                     I LOVE VANS !


                                        KASUT KUGFU  
               
LAWA KAN ? :D
Abes lah kalau ak dah gilaa kan kasut ni kan . haha tunggu je k nty saya akan beli awak ye kasut . ;-D

Friday 21 October 2011

Ciri-ciri Lelaki Sejati .



#  Lelaki sejati bukan dilihat daripada bahunya yang kekar, tetapi daripada kasih sayangnya pada orang di sekitarnya.
# Lelaki sejati bukan dilihat daripada suaranya yang lantang, tetapi daripada kelembutannya mengatakan kebenaran.
# Lelaki sejati bukan dilihat daripada jumlah sahabat di sekitarnya tetapi daripada sikap bersahabatnya dengan orang lain.
# Lelaki sejati bukan dilihat daripada bagaimana dia dihormati di tempat kerja tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah.
# Lelaki sejati bukan dilihat daripada kerasnya pukulan tetapi daripada sikap bijaknya memahami persoalan.
# Lelaki sejati bukan dilihat daripada dadanya yang bidang tetapi daripada hati yang ada di sebaliknya.
# Lelaki sejati bukan dilihat daripada banyaknya wanita yang memuja tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya.
# Lelaki sejati bukan dilihat daripada jumlah tanggungjawab yang dipikul tetapi daripada tabahnya dia menghadapi liku kehidupan.
# Lelaki sejati bukan dilihat daripada rajinnya dia membaca kitab suci tetapi daripada konsistennya dia melaksanakan apa yang dibacanya.
Jika anda berasa lelaki yang didampingi itu benar-benar memenuhi piawaian ditetapkan atau memang jodoh tersurat dengannya, mungkin anda boleh mulakan bicara untuk membuka mindanya berbincang mengenai masa depan dan perkahwinan.
Namun, banyak perkara harus diambil kira contohnya:
# Pasangan yang diajak mengahwini anda mungkin pandai merayu tetapi tidak mampu mempertahankan hubungan.
# Jangan terjebak ilusi romantis semata-mata.
# Hati-hati dengan pasangan yang hanya menabur janji atau sering menghulur hadiah, namun tidak dapat memberikan sokongan pada saat diperlukan.
# Carilah pasangan yang boleh memberikan rasa tenang selain sentiasa bersedia membantu pada saat tertekan dan penuh emosi atau ketika susah mahupun senang.